Beliau berasal daripada Kampung Senari, Kuching, Sarawak. Dilahirkan pada 21 Julai 1976 di Kampung Senari, Kuching dan dibesarkan dengan pendidikan agama dalam keluarga nelayan.
Datuk beliau daripada sebelah bapa iaitu Tuan Haji Kipli bin Persih rahimahullah adalah seorang ketua kampung dan imam yang disegani. Datuk beliau daripada sebelah ibu pula iaitu Tuan Guru Haji Adenan bin Golong rahimahullah yang dikenali dengan nama Tuan Guru Haji Buk adalah seorang ulama’ yang ikhlas, kuat ingatan dan mempunyai ramai anak murid di sekitar bandaraya Kuching dan luarnya. Kedua-dua datuk beliau ini disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Jerenang, Kuching.
Keluarga beliau daripada sebelah ibu juga mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Datuk Haji Ibrahim Keramat rahimahullah, seorang yang soleh dan kuat berpegang kepada ajaran agama Islam, yang disemadikan di atas sebuah bukit di Pulau Lakei, Kuching.
“Keramat” di hujung nama beliau adalah kerana karamah-karamah yang dimiliki olehnya seperti yang masyhur diceritakan oleh orang yang sezaman dan selepas beliau. Pusara beliau sehingga kini masih dikunjungi oleh para pengunjung tempatan dan luar negeri. Justeru, ia dijaga dan mendapat perhatian yang baik daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Mendapat pendidikan awal di SRK Senari, Kuching dan di SMK Agama Matang 2, Kuching. Mendapat ijazah Sarjana Muda (Al-Qur’an & Hadis) (2000) dan Sarjana (Tafsir al-Qur’an) (2004) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Memilih untuk melepaskan jawatan sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setelah berkhidmat 15 tahun di sana untuk meneruskan tugasan dakwah sepenuh masa. Sekarang merupakan Penasihat Syariah di Galeri Ilmu Media Group dan pendakwah bebas.
Antara guru tauhid beliau, khususnya yang mengajar akidah Ahlusunnah wal Jamaah termasuklah:
Para masyaikh yang beliau belajar ilmu feqah, hadis dan tasawuf daripada mereka termasuklah:
Para masyaikh lain yang beliau ambil faedah ilmu daripada mereka termasuklah:
Karya-karya beliau termasuklah :
Sumber: solehahgirlz.blogspot.com